Maklumat ini saya dapat sendiri dari email yang dihantar oleh pihak Syarikat atas dasar saya sebagai pekerja.
PENGENALAN
STEP INNOVATION RESOURCES (PG0252646-X) merupakan sebuah syarikat perunding dan latihan yang berperanan dalam menganjurkan seminar iaitu seperti seminar usahawan, seminar motivasi pelajar, seminar pengurusan dan sebagainya.
Segala urusan step innovation di urus melalu En Azman Kassim. Facebook ID Motivasi Hati Biodata penuh dia seperti berikut.
PROGRAM YANG DIJALANKAN
Syarikat step innovation ni mengadakan program KUASA SEBUAH HATI atau MINI PROGRAM 1HATI 1 MALAYSIA. Satu program AMAL memohon sumbangan disekolah2 untuk dana Sekolah dan anak yatim
PENGAMBILAN PEKERJA
Saya mula kenal syarikat ini di satu pameran kerjaya yang di anjur Job Malaysia pada bulan April. So should be syarikat berlesen ler yang masuk job malaysia. di situ saya berjumpa sendiri En Azman Kassim dan bersembang ngan dia berkaitan kerja yang ditawarkan. Pekerjaan yang ditawarkan gaji& elaun pokok xderlah besar sangat. paling tinggi 650 tuk jawatan manager setiap negeri. Cuma komision nyer mmg cukup tinggi.
Pendek cerita, 2 hari lepas submit resume, saya dapat email nyatakan diterima kerja dengan syarat pegi Kursus Asas Penjawatan di KL. Terkejut gak bila dengar diterima tanpa interview. So i think positif, sbb masih boleh tolak tawaran kerja tu selepas kursus tu nanti.
KURSUS ASAS PENJAWATAN
Kursus diadakan di KL dekat HUKM Cheras. Kursus boleh tahan ramai. Dengan bayaran RM 30 (pelik tapi benar). Untuk tools & so on. Tp kursus tu more on nak naikkan semangat. lebih kepada kursus motivasi jer. After zohor kalau tak silap, barulah di ceritakan pasal syarikat & pasal kerja. di cerita Syarikta Step Innovation ni ada kaitan dengan Syarikat Turbo Venture yang menawarkan perkhidmatan bulk sms. Lebih info pasal turbo venture click link bawah.
Turbo Venture
Link 1
About kursus, nampak sedikit huru hara. Kejap2 dia cakap " Oh sepatutnya kita buat .... "... mcm xorganize susunan program bagi yang dah ada pengalaman buat kursus motivasi. Bleh baca detail citer orang len yang pernah pergi kursus ni. cuma bezanya tempat & masa.
Link 1
Link atas ceritakan pengalaman peserta 2nd batch punya kursus. Selepas habis kursus, saya & kwn2 masa tu diberikan surat tawaran kerja, yg di isi sendiri nama & jawatan yg dikehendaki selapas diterangkan tentang jawatan, gaji & komision yang ditawarkan.
MASALAH
Apa masalahnya Syarikat ini? saya xnak wat ayat panajng2, nanti boring baca.hehehe
1. Xbayar gaji pekerja
Alasan? sbb report ada masalah. Ada staff dari kl call staff negeri saya ckp report masalsh, so xleh bayar. pelik sbb saya yang hanatr report, kenapa dia call staff saya tu, xcall saya sendrir? Saya call en azman. 1st soklan, apa masalah report saya hantar, dia cakap OK...terus saya potong dia cakap, kenapa ada staff KL call cakap report salah so xleh bayar. Saya tanya kenapa xbagitau report caner yg KL nak masa 1st month?masuk gajin buln kedua baru cite report problem?dia cakap 1st report ok, yg 2nd jer masalah. Again dia cakap putar belit, saya potong lagi, saya ckp report 1st ngn 2nd adalah sama...cuma tambah 2 3 baris ayat jer.
so bila saya and kawan2 nak batalkan program (ada dekat 5 sek) barulah sibuk nak jawab call kami, sms kami tanya pasal program. tp tulah. kalau nak cite sini panjang sangat. so boleh di katakan En Azman ni kaki putar belit. Dengan saya mula2 cakap ok...pastu x ok....pastu bila staff lain tanya lak....dia ckap ok..xder masalah. So mmg banyak sangat percanggahan dia cakap. Gitu jugak staff di lain negeri. So sampai post ini di terbitkan, gaji kami x dibayar melainkan satu staff bawah seliaan saya. dibayar RM300. Kenapa? sbb dia ugut nak batal program yg dia cari, jumlah pelajar 500 orang (profitable kut). Xsampai 1 hari, staff KL bayar gaji dia. tu pun xmasuk elaun dia lagi RM200.
Kalau alasan salah report tak bayar gaji mungkin sikit leh terima... tp saya dengar cerita komision yang patut kena bayar pun x dibayar.... so ada yang nak kerja ngan orang mcm ni lagi?ngan syarikat ni lagi?
2. MOTIVATOR PUTAR BELIT
Segala urusan kami melalui seorang lelaki bernama EN AZMAN KASSIM (klik nama tuk bidodata). Terlalu banyak percanggahan maklumat dari dia. Samada dia sengaja atau tak hanya Allah yang tau. So layakkah seorang motivator yang ingin cerita Soal Hati, bagi motivasi, tp dalam masa sama dia memutar belit ayat. Adakah suci hati orang seperti ini? Wallahu a'lam.
KESIMPULAN
Setiap kali kerja, dan dapat tawaran kerja, pastikan minta agreement dari pihak syarikat, supaya xder undang2 & alasan2 tamabahn yang membolehkan dia xbayar gaji.
Sebulan xbayar gaji boleh report terus kat JTK (Jabatan Tenaga Kerja)
Xperlulah kerja yang nak wat amal kalu dalam masa yang sama ada unsur2 penipuan.
Layakkah ker orang seperti En Azman ni masuk ker sekolah2 untuk beri ceramah soal hati?sedangkn kata2nya bercanggah. anda nilai sendiri. Kami ada bukti2 mengesahkan kata2nya bercanggah.
Gaji pekerja yang ciput pun banyak alasan xnak bayar, agak2 duit anak2 yatim tu di salurkan ker x? wallahua'lam.
Apapun nilailah sendiri bila dengar nama En Azman Hj Kassim dan Step Innovation.
Again bukan balas dendam, kalau saya xdedahkan, mungkin ada yang terkena lagi mcm saya & kwn2 yang xdibayar gaji.
JTK dah maklum, Syarikat xleh sekat bayaran gaji semata2 salah report. & patutnya di maklum pada 1st month lagi kalau syarikat xpuas hati ngan report. So waspada semua. xkiralah kerja apa2 pun.